Dengan pendaftaran newsletter ini, anda akan menerima beberapa perkara yang telah kami janjikan ke emel anda.
 

Nama Anda:

Email Anda:


   
  Sekiranya anda tidak menerima email tersebut, sila periksa di dalam folder "BULK" atau "SPAM".

PENGASAS

Perniagaan satay kami telah diasakan sejak tahun 1950-an di mana arwah nenda kami yang tercinta telah memulakannya di Temerloh, Pahang. Kesedapan sataynya yang turut dikenali dengan nama SATAY HUSSIN telah menjadi buah mulut rata-rata penduduk di pekan kecil yang damai ini. Kini kesinambungan satay arwah telah disambung oleh anak-anak lelakinya yang lain termasuklah Razak bin Hussin, seorang bekas pekerja berdedikasi KTMB-HQ di Klang, Selangor Darul Ehsan.


SUATU PERMULAAN

Perniagaan satay En Razak bin Hussin telah bermula pada tahun 2000, setelah berhenti daripada KTMB dan berhenti daripada perniagaan barangan basah. Bermula dari detik itu, perniagaan beliau telah berkembang dan segala pengalamannya selama 13 tahun membantu arwah ibunya bergelumang dengan satay dengan telah menjadikan sataynya dikenali penduduk sekitar kerana KESEDAPANNYA!!

Bermula dari bulan Julai 2006, perniagaan satay En Razak telah berkembang lagi dengan  mengembangkannya di alam cyber. Langkah ini telah di rintis oleh Mohd Azrul Razak, anak lelaki beliau yang pernah bertugas sebagai juruaudit dan eksekutif akaun, di dalam dan luar negara. 
Atas kesedaran pentingnya perniagaan di dalam menjana pendapatan yang positif, maka terlahirlah www.sataydiy.com.


LOKASI

Perniagaan satay kami terletak di alamat seperti berikut:

Lot 2644, Jalan Musran, Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Anda menghadapi masalah ke tempat kami? Jangan bimbang, SMS kepada kami dan kami bersedia menghubungi anda bila-bila masa sahaja.

NO PERHUBUNGAN

Razak bin Hussin - 0193680495
Mohd Azrul bin Razak - 0193799160

Sila SMS kepada kami dan biar kami yang menghubungi anda! Atau email sahaja pertanyaan anda kepada kami.

Email: inquiry@sataydiy.com

 
Menu Utama | Pembelian | Servis | Tentang Kami | Hubungi
Hakcipta Terpelihara Walikard Enterprise 2006.